Thursday, October 29, 2009

Perubahan

Aku tahu, aku dah lama tak menulis. Kalau aku bagi alasan tiada masa, sangat membosankan alasan tu. Jadi aku berterus-terang, alasannya aku malas. Puas hati aku. Huh

Sebenarnya banyak benda yang berlaku semenjak nukilan aku yang lepas. Yang pasti, gadis ketahuan yang aku tulis sebelum ini, sudahpun berumah tangga. Moga bahagia sampai ke anak cucu.

Aku pula, masih begini, tiada perubahan, yang berubah adalah keadaan disekelilingku. Aku berjumpa dengan rakan-rakan baru, gadis-gadis sunti yang comel-comel serta pekerjaan baruku. Namun aku masih tetap seperti dulu. Dimana, itulah masalahnya.

Aku rasa aku perlukan sedikit perubahan pada diriku, namun aku tak tahu nak mula dari mana. Dari segi fizikal atau ilmu atau agama, aku pun tak tahu. Tapi yang pasti, aku perlu berubah.

Wednesday, October 15, 2008

Gadis Ketahuan

Aku pasti, semua orang tahu lagu Ketahuan yang dinyanyikan oleh Matta. Lagu yg mengisahkan seorang perempuan yg ‘selingkuh’ pada teman lelaki nya. Kalau ada peluang untuk tengok video klip lagu tu, boleh dilihat seorang perempuan yang cun (sangat hot) berfoya-foya dengan setiap lelaki yang ada dalam video tersebut. Alangkah sundalnya gadis tu, tergedik sana, tergedik sini.

Melihatkan video klip tersebut, teringat aku dengan satu cerita. Cerita yang memang saling berkait dengan lagu Ketahuan. Perempuan Sundal yang selingkuh dengan ramai lelaki. Ada sorang kawan aku ni, taklah kacak sangat pun, tapi memang baik, lagi-lagi dengan kaum hawa. Kalau perempuan tu dia minat, apa saja dia boleh buat untuk perempuan tu. Aku dah nasihat dia banyak kali, tapi bodoh sombong. Dah kena, baru ternganga.

Dijadikan cerita, dia kenal sorang minah pantai timur ni, budak setiu. Minah ni nak kata cun, tak la sangat tapi ada rupa la. Orang kata, kalau bawa pergi shopping mall, orang pandang juga la. Dia kenal minah tu dari kawan dia bulan Mac tahun ni kalau tak silap aku. Memula biasa-biasa, telefon dan sms sampai lah ke suatu hari.

Kawan minah tu 'R' ada buat open house, jadi, minah tu pergi lah rumah kawan dia 'R' tu. Lepas tu kawan aku tu pun pergi juga rumah si R tu. Lepak, makan-makan, layan lagu, sampai la lewat malam. Kemudian lepas semua orang balik, tinggallah si R dengan minah setiu ni dan kawan aku tu. Borak punya borak sampai pagi. Tapi yang aku dengar, minah setiu ni, punyalah manja dengan kawan aku ni, kalah orang bercinta. Lepas tu, bak kata orang putih 'The rest is history'.

Kawan aku ni dah jatuh tangga kat minah setiu ni. Hari-hari sms, yang aku dengar setiap jam sms, dari subuh sampai ke subuh. Aku ada nasihat kawan aku ni, jangan lebih-lebih sangat. Tapi faham-faham la kan orang dah suka, kita cakap apa pun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mula-mula aku ingat, kawan aku ni terhegeh-hegeh dengan minah tu. Tapi bila aku dengar minah ni, sanggup naik kenderaan awam sebab nak jumpa kawan aku ni, hilang sangsi aku pada minah tu. Aku semacam percaya yang minah tu memang betul-betul minat kawan aku, sudah jatuh hati kiranya. Memang berkepit kemana-mana, tiap-tiap minggu keluar. Kadang-kadang minah tu belanja kawan aku tu makan, tengok wayang.

Kemudian tiba-tiba ada satu hari ni, merpati ni keluar. Tengok wayang, cerita apa aku tak tahu, minah tu sibuk dengan telefon bimbit dia. Kawan aku tanya siapa, rupa-rupanya kenalan kawan aku tu juga. Kawan aku ada bawa minah tu pergi satu jamuan, jadi kenal la mamat tu 'W'. Rupa-rupanya, 'W' ni bagi nombor dia kat minah tu, dan selalu sms dan telefon minah tu. Kawan aku bengang la, sebab 'W' ni tahu yang kawan aku ni memang suka kat minah tu, ini dah macam serupa nak kacau 'line'. Kawan aku apa lagi, telefon 'W' ni, si polan tu minta maaf kat kawan aku, janji tak kacau lagi minah tu.

Sejak dari tu, kawan aku ni dah tawar hati sikit kat minah ni. Tapi aku tak tahu jampi serampah apa minah tu bagi kat kawan aku ni, terus sangkut balik dan makin menjadi. Makin rapat dengan minah tu. Aku bila dengar cerita minah tu 'selingkuh' dengan 'W' tu, aku dah nasihat kawan aku, agar hati-hati. Dia macam tak layan nasihat aku.

Tetiba satu hari, kawan aku cakap dia nak pergi bercuti dengan minah tu. Aku terkejut juga, sebab aku tak sangka minah tu sanggup nak pergi berdua sahaja dengan member aku tu. Kawan aku punyalah gembira, terkinja-kinja dia. Aku cakap pada dia, suruh dia hati-hati. Jangan gembira sangat, sebab apa-apa boleh berlaku.

Tengok-tengok memang betul cakap aku, rupa-rupanya minah tu dah ada teman lelaki. Kawan aku kecewa sangat bila dia dapat tahu hal tu. Kemudian, nak lagi mengecewakan, kawan aku terserempak dengan satu profil lelaki dalam 'Friendster', dalam profil tu, ada gambar minah tu dengan lelaki, tengah berpelukan, serupa macam apa yang kawan aku buat dengan minah tu. Yang seronoknya, mamat tu bukan teman lelaki dia. Rupa-rupanya mangsa, macam kawan aku juga.

Tapi, yang menariknya, kawan aku tu, dia masih juga pergi bercuti dengan minah tu, dan nak disensasikan cerita, kawan aku cakap, minah tu tipu teman lelaki dia. Dia cakap dia pergi bertiga, bilik berasingan. Padahal satu bilik, satu katil. Apa jadi, aku tak nak cerita la.

Itulah, aku bagi satu contoh, Gadis Ketahuan. Seorang gadis yang nak semua. Tamak haloba. Tak cukup dengan seorang lelaki. Kalau boleh semua lelaki dalam Tanah Melayu ni, semua dia nak rembat. Semua dia nak peluk, nak cium, nak pegang. Yang pasti, dia akan buat perangai 'selingkuh' ni, pada ramai lelaki. Bagi harapan palsu pada lelaki. Kalau nak difikirkan, aku kasihan pada teman lelaki dia, kena tipu dengan gadis ketahuan ni.

Fikir-fikirkan lah.....

Wednesday, October 8, 2008

Keringatku

09102008

Salam,

Tiba masa giliranku meluahkan keringatku yang tersimpan di dalam kepalaku ini. Aku dah lama memikirkan untuk mem'blog'kan diriku ini. Namun tak kesampaian, sehinggalah ke hari ini. Tujuanku bukan lah apa, cuma mahu melepaskan idea-idea serta nukilan-nukilan ku yang tak seberapa ini. Daripada aku simpan seorang diri, lebih baik aku luahkan. Hurmm, buat masa ini, biarlah setakat sini sahaja kata2 ku, aku akan 'update' kan lagi kemudian hari.

Sekian, Terima Kasih